.

SK PERMAS JAYA 1 SK PERMAS JAYA 1 SK PERMAS JAY 1 :skpermasjaya1@gmail.com

SEJARAH



SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan permas Jaya 1(SK Permas Jaya 1), Pasir Gudang yang terletak di jalan Permas 1/9 merupakan sebuah sekolah rendah yang pertama di kawasan permas jaya. Nama asal sekolah ini ialah Sekolah Kebangsaan Plentong, SK Permas Jaya 1 telah siap dibina pada 20 Mac 1988 , penyelarasnya ketika itu ialah En Omar bin Fadil . Pada 1 April 1988 SK Permas Jaya 1 telah beroperasi secara rasmi sepenuhnya dengan En Ariffiin Bin Marsidi menjadi Guru Besar yang pertama.
            Kemudahan infrastruktur asal sekolah ini ialah dua buah bangunan tiga tingkat yang mengandungi 1 billik Sains, 1 bilik sumber, 1 bilik Perpustakaan, 1 bilik Kemahiran Hidup dan sebuah kantin. Pada tahun 1990 dua buah bangunan satu tingkat telah dibina dimana kosnya telah disumbangkan oleh orang ramai dan diuruskankan oleh PIBG SK Permas jaya 1. Majoriti murid dan guru di SK Permas Jaya 1 adalah beragama islam, suarau adalah salah satu kemudahan yang amat diperlukan. Berkat usaha PIBG , guru-guru dan masyarakat setempat satu program kutipan derma telah dilakukan bagi membiayai pembinaan surau baru. Suaru telah siap dibina dan telah dirasmikan oleh PPD Johor Bahru En Rashidi bin …….. Pada 9 April 2000.  Pada 1Januari 2009 sebuah bangunan makmal komputer mengandungi dua buah makmal telah siap sepenuhnya, dilengkapi dengan kemudahan 21 buah komputer untuk kegunaan murid.
            Sepanjang Sk Permas Jaya 1 beroperasi, sekolah ini telah berjaya mencapai tahap yang membanggakan dimana pada tahun 1993, sekolah telah dianugerahkan tempat kedua “Sekolah Harapan Negara” semasa Perayaan Hari Guru dan menjadi “Johan” diperingkat Negeri Johor. Jumlah murid yang bersekolah di SK Permas Jaya 1 pada awalnya menjangkau lebih dari 2000 orang murid, ia berkurangan sejak sekolah-sekolah yang berhampiran mula diwujudkan bagi mengatasi masalah kebanjiran murid ini. Bermula tahun 2006 hingga 2012 jumlah murid dalam lingkungan 600 orang sahaja.
MATLAMAT SEKOLAH
Melahirkan murid-murid yang terpuji dan sempurna dari aspek pengetahuan dan berkemahiran cemerlang dalam bidang kurikulum yang diuji dalam PKSR dan UPSR serta dalam bidang kokurikulum. Perkembangan sahsiah yang seimbang dan bersepadu dilaksanakan melalui kecemerlangan pengurusan, Hal Ehwal Murid dan juga fizikal serta keceriaan.

FALSAFAH SEKOLAH
Pendidikan di sekolah sentiasa berusaha ke arah mengembangkan potensi murid-murid secara menyeluruh bagi membentuk insan yang memiliki ciri-ciri terpuji yang seimbang dan harmonis dari segi emosi, rohani, intelek dan jasmani berdasarkan Prinsip-Prinsip Rukunegara untuk mencerminkan insan yang berilmu serta berbakti kepada agama, bangsa dan negara.

LAGU SEKOLAH

Sekolahku Permas Jaya 1
Tempat Menuntut Ilmu
Berdiri Megah Sejahtera
Menjadi Kebanggaanku

Belajar Dan Berusaha
Menuntut Ilmu Sentiasa
Hormatkan Guru Selalu
Tanamkan Cita Kejayaan
Bersama Semangat Maju
Mencapai Cita Budi Mulia

Marilah Kawan-Kawan Berusaha
Rajin Dan Tekun Sentiasa
Hindarkan Malas Dan Jemu
Jadikan Segala Asuhan
Sebagai Pedoman Abadi
Demi Masa Depan Cemerlang